Ditegur Client sendiri…malu-malu… =)

8 Aug

Assalamualaikum semua,

Alamak! lama nya saya tidak men”update”  apa-apa dalam blog perniagaan saya ini.. Cewah!

Saya telah ditegur oleh client baru saya pada sabtu yang lepas mengenai blog saya tak ber”update”.. Adoi mak.. malunya…


Maaf sangat sebab saya terlalu sibuk dengan kerja hakiki saya.  Tambah-tambah dah dinaikkan pangkat sikit menjadi Penyelaras Latihan Indutsri.. Serious! Penat sangat dan memang tak sempat langsung.

Saya rasa saya kena berhenti kerja hakiki untuk wat bisness ni secara FULL TIME… Tapi takut jugak…

Dalam dilema… hehe

Thanks kepada client saya yang menegur saya… Saya akan update dari semasa ke semasa ok?? Oh Ya! cerita sedikit la mengenai client saya yang baru nie..

Die seorang pelajar salah sebuah universiti di Bangi yang masih muda dan hensem.. hehehe…

Jumpa lagi…

Nak melabur??

Hubungi saya,

010 7602848

Azlina

 

Jadual Peperiksaan CUTE bagi bakal-bakal UTC

16 Mar

Assalamualaikum, 

Entri yang paling ringkas, 

Kepada bakal-bakal UTC, sila rujuk tarikh peperiksaan anda.

JADUAL PEPERIKSAAN CUTE

Melabur Unit Trust dengan EPF/KWSP

5 Mar

Assalamualaikum,

Rupanya- rupanya masih ramai yang masih tidak tahu dengan jelas mengenai cara pelaburan Unit Trust ini.

Sebenarnya, sekiranya kita tidak cukup wang sebanyak RM 1000,

bagi rakan-rakan saya yang mempunyai EPF/KWSP,

Anda boleh melabur dengan KWSP anda tersebut melalui akaun 1.

Kan senang kan? Tak perlu kumpul duit RM 1000 pun, masih layak lagi melabur.

Tak perlu bimbang akan kehilangan duit anda.

Duit dalam akaun 1 anda tersebut tidak akan hilang pun, MENGAPA?? Sebab anda sendiri tahu bagaimana susahnya nak keluarkan wang KWSP bukan?

Jadi, kalau KWSP benarkan, bermakna pelaburan unit trust adalah sangat bagus. Kalau tidak, tak kan la KWSP benarkan bukan?

Bagaimana caranya?

Pengeluaran wang KWSP untuk pelaburan, hendaklah dikira berdasarkan seperti berikut :

Jumlah yang layak = ( Nilai Pelaburan AKAUN 1 – Nilai had yang telah ditetapkan oleh KWSP mengikut umur) x 20%

Jadi, anda tak perlu susahkan mengumpul wang bukan? Senang..

Contohnya macam Ali berumur 27 tahun telah layak melabur sebanyak RM 10,000 dan beliau masih mempunyai sebanyak 28  tahun lagi untuk cukup waktu pencen di mana umur yang KWSP benarkan buat pengeluaran di akaun 1..

sekiranya beliau melabur sehingga beliau pencen iaitu 20 tahun tersebut, wang pelaburan Ali semakin bertambah RM RM 108,347..mengikut Pocket Calculator.

 Jadi, tunggu apa lagi..

Hubungi saya.

Yang tak sabar berjumpa dengan orang kaya!

Azlina ( 010 7602848)

Nak gaji RM 10,000 sebulan? Boleh ke?

5 Mar

Assalamualaikum,

Entri kali ini bukan bertujuan bagi membanggakan diri, tetapi ingin menaikan semnagat Lin yang semakin lama terasa ingin menjadikan kerjaya UTC merupakan kerjaya FULL TIME Lin.

Sumber : Google

Hari ini, Lin dapat tahu yang seorang bakal client Lin yang bersetuju untuk

 melabur RM 10, 000. Saya dan bakal tunang lin menemaninya untuk mengeluarkan duit tersebut secara cash. Hal ini disebabkan beliau tidak mempunyai cheque.

Dan sewaktu di pejabat dan sambil mengisi borang, Lin sendiri telah mengira wang tersebut . Wow! Bestnya pegang duit banyak-banyak nie. Bayangkan lah kalau Lin dapat duit gaji sebulan dalam amaun yang sama. Apakah yang agaknya Lin akan buat yek??

Ok! Nak berangan apa yang Lin nak buat kalau ada RM 10,000..

Jom! Berangan!

Yang suka berangan duit banyak!

Azlina ( 010 7602848)

Tips-Tips Pelaburan lebih sistematik dan menguntungkan

29 Feb

Assalamualaikum,

Adakah anda  semua telah membuat simpanan atau pelaburan dalam kehidupan? Ya kebanyakkan daripada kita semua melakukan simpanan pelaburan contohnya mengagihkan wang ke Tabung Haji, ASB, Unit Trust dan sebagainya.

Tips-tips untuk melakukan simpanan atau pelaburan untuk lebih sistematik dan lebih menguntungkan adalah :1)     Menetapkan objektif yang muktamad untuk apakah simpanan tersebut dan berapa lama tempoh anda harus menyimpan.

Sumber : google

Sebagai contoh : Anda  melabur bagi membeli rumah, perbelanjaan kahwin, pendidikan anak-anak-anak serta perbelanjaan hari tua. Setiap objektif-objektif  tersebut mengambil masa-masa yang di telah di rancangkan seperti membeli rumah 5 tahun lagi, belanja kahwin 3 tahun lagi, pendidikan anak-anak 10 tahun lagi dan perbelnjaan hari tua.

Jadi, sangat sesuai lah dengan tempoh yang telah dinasihatkan iaitu 3 tahun. Semakin lama kita melabur dan menyimpan, semakin kurang risiko dan keuntungan yang tinggi.

2)     Menetapkan berapakah jumlah duit yang anda perlukan selepas tamat tempoh pelaburan tersebut.

Sebagai contoh, selepas 5 tahun menyimpan anda mahukan RM100,000 sebagai duit muka untuk membeli rumah. Berdasarkan jumlah tersebut, kita boleh mengira berapakah jumlah yang anda harus simpan setiap bulan setelah mengambil kira purata pulangan yang akan diberikan oleh pelaburan tersebut serta inflasi yang terjadi setiap tahun.

Yang penting, anda haruslah berdisiplin dalam melabur dan menyimpan.

Kesimpulannya, sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut, rajin-rajin lah sms saya di 010-7602848.. Jom buat appointment.

:: 2 Temujanji, Sedikit-sedikit, lama lama jadi bukit ::

28 Feb

Assalamualaikum,

Alhamdulillah diberikan kesihatan yang sihat, Pagi-pagi Manager saya Puan Fadzilah Mamat buat entri di blog beliau yang bertajuk

Macam mana nak tahu penilaian pelaburan client .

Terus lah bersemangat kan?? hehehe..

Tengah hari lepas kelas, terus call nilai pelaburan client saya melalui customer agent..

So, saya dah pun update nilai pelaburan mereka..

Dan dapat buat 2 appoinment EPF.

Walaupun sedikit, tetapi at least saya cuba bukan??

Saya TAK NAK jadi UTC seperti kura-kura yang tido!

25 Feb

 Assalamualaikum,

Pagi Sabtu kena kuatkan semangat untuk terus meng”update” blog. Tajuk artikel hari ini adalah

“ Walaupun kita seperti kura-kura, tapi jangan jadi kura-kura yang tido ”

Tajuk artikel kali ini adalah sempena ungkapan yang diberikan daripada manager yang sangat hebat iaitu Fadzilah Mamat semasa personel coaching saya. Hebatk bukan? Setiap kali saya bertemu dengan beliau, semangat saya semakin berkobar-kobar.

Apa kaitan pelaburan Unit Amanah dengan kura-kura pulak nie??

Baiklah, saya terangkan dengan lebih lanjut ya!

Pasti semua sudah lali dan pernah dengar dengan cerita kura-kura dengan Arnab bukan? Macam mana jalan ceritanya? Akhirnya kura-kura menang akan sikapnya yang tidak bongkak.. Betul tak?

Kura-kura adalah haiwan yang berjalan sangat la lambat. Saya adalah UTC yang diungkapkan seperti kura-kura yang berjalan sangat secara perlahan-lahan. Orang kata ikut flow la.. hahaaha.   Saya tak nak putus asa selagi saya bergelar UTC di bawah jagaan Puan Fadzilah Mamat.

Walaupun saya UTC kura-kura tetapi saya tak nak jadi kura-kura yang sentiasa tido bukan? Saya ingin menjadi kura-kura yang sentiasa bersemangat untuk buat sale. Bak kata pepatah Biar lambat asalkan selamat.

Yang inginkan sale! ,

Azlina ( 010 -7602848)